Webinar Nadi E Sukan – Pengurusan Emosi Semasa Pertandingan E-Sukan
5 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 4 Julai 2026, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Webinar NADI E Sukan : Pengurusan Emosi Semasa Pertandingan E-Sukan. Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau, berlangsung selama 17 minit, bermula pada 10.00 pagi hingga 10.17 pagi .
Webinar ini menerangkan bahawa pengurusan emosi sangat penting untuk membantu pemain mengekalkan fokus, membuat keputusan yang baik dan meningkatkan prestasi. Tekanan sebelum, semasa dan selepas pertandingan adalah perkara biasa, namun ia perlu dikawal melalui persediaan mental, komunikasi yang baik dan sikap positif. Pemain juga digalakkan belajar daripada kesilapan, menerima kekalahan dengan matang dan sentiasa berusaha memperbaiki prestasi. Kesimpulannya, pemain yang mampu mengawal emosi akan menjadi lebih tenang, berdisiplin dan berprestasi tinggi dalam pertandingan.
Webinar ini dilihat mampu untuk memberi pendedahan awal kepada kemahiran yang mempunyai permintaan tinggi. Meningkatkan literasi digital dan mengembangkan hobi menjadi pendapatan. Selain itu, menggalakkan minat dan penyertaan dalam program lanjutan. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: